Pengenalan

Jabatan Pendidikan Khas bermula dengan Unit Pendidikan Khas yang berada di bawah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling. Pada Disember 2008 unit ini dinaik taraf menjadi Jabatan yang dikenali dengan Jabatan Pendidikan Khas. Terdapat dua unit yang menjadi tonggak kepada Jabatan ini, iaitu Unit Pendidikan Khas dan Unit Pendidikan Pemulihan Khas. Jabatan Pendidikan Khas telah diberikan amanah untuk mengendalikan kursus-kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PPISMP) kepada bakal-bakal guru yang bakal di tempatkan di Program Pendidikan Khas dan Program Pemulihan di sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kursus yang ditawarkan kepada pelajar PISMP Pendidiakn Khas Masalah Pembelajaran pada tahun 2019 adalah berkaitan kursus yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan mendalam terhadap Pendidiakn Khas Masalah Pembelajaran dan Pendidikan Pemulihan. Selain itu, dalam usaha untuk memenuhi dan mencapai Transformasi IPG, iaitu dalam meningkatkan kualiti pensyarah, peninglatan kualiti pelajar serta pemantapan pengembangan kualiti kurikulum dan profesionalisme keguruan, JPK bakal mengadakan kursus-kursus serta bengkel kepada pensyarah serta pelajar-pelajar PISMP.