Kata Aluan Ketua Jabatan

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya maka kita berjaya menghasilkan portal Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus Darulaman (IPDA). Kesemuanya ini hasil daripada perancangan yang jitu dan disokong pula oleh warga kerja yang amat komited dan berintegriti.
Portal ini adalah sumber informasi yang sangat penting sebagai pemacu kepada peningkatan kualiti perkhidmatan dan produk Jabatan Pendidikan Khas. Marilah kita bersama-sama berazam, bertekad dan terus berusaha ke arah memartabatkan lagi profession keguruan yang kita sanjungi ini.
Bagi memastikan siswa guru pelatih yang dilahirkan oleh IPDA memiliki ciri-ciri guru bertaraf dunia dan menepati piawaian Standard Guru Malaysia, saya menyeru permuafakatan semua warga Jabatan Pendidikan Khas (JPK) untuk terus memacu budaya kerja cemerlang.
Adalah dengan ini diharapkan semua pensyarah JPK dapat menjadikan portal ini sebagai tempat berkolaboratif dan alat penyampai maklumat yang berkesan dalam menjayakan tugasan dan rutin harian kita. Akhir kata, kejayaan pelaksanaan Pendidikan Guru termasuk kolaboratif dan penyampaian maklumat melalui portal ini akan terjana hasil daripada kerjasama, kesediaan dan kesanggupan semua warga memikul dan melaksanakan tugas dengan amanah selaras dengan moto IPDA Sinar Ilmu di Utara.
Sekian, terima kasih.