Maklumat Jabatan

Jabatan Pendidikan Khas IPGKDA telah ditubuhkan pada Disember 2008. Matlamat Jabatan Pendidikan Khas adalah untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia selaras dengan misi Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas melaksanakan dua program yang menjadi kebitaraan, iaitu Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dan Pendidikan Pemulihan dan mengendalikan kursus yang berkaitan dengan program tersebut. Jabatan ini juga bertanggungjawab dalam menjalankan penyelidikan dan aktiviti inovasi dalam kalangan pensyarah dan pendidik guru dengan tujuan untuk memperkembangkan dan memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dan Pendidikan Pemulihan setanding dengan universiti awam di dalam dan luar negara.