Penyelidikan & Penerbitan

Puan Suraya binti Bai

  1. Buku Teks Bahasa Melayu Komunikasi Pendidikan Khas Tingkatan Satu (KSSMPK) Kegunaan Mulai 2017 – Terbitan DBP KPM(BAhagian Buku Teks.

Penulis: Puan Suraya Bai dan Puan Asmah Hamid.

2.  Jurnal :  Pengesanan Awal Disleksia Kanak- kanak PraSekolah

Penulis :  Puan Suraya Bai dan En Azmi bin Abu Bakar.

Abstrak :

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri disleksia yang terdapat dalam kalangan murid prasekolah IPGKDA.Kajian ini mengadaptasi instrumen The Dyslexia Early Screening Test (DEST) dan Set Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD) yang diubahsuai sebagai senarai semak untuk mengkaji kemahiran matematik,  bahasa(lisan, bacaan, dan tulisan).  Seramai 17 murid prasekolah IPDA terlibat dalam kajian ini.  Dapatan kajian menunjukkan masalah ingatan merupakan masalah utama dalam kalangan murid dengan purata sebanyak 26.78%. Masalah kemahiran berbahasa 23.52% . – Terbitan IPGKDA 2011

3.  Tahap Pendidikan Ibu Bapa dan Status Sosio Ekonomi Keluarga Dalam Mempengaruhi Kanak-kanak Sindrom Down.

Abstrak :

Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengaruh tahap pendidikan ibu bapa dan sosio ekonomi keluarga terhadap KBKK kanak-kanak Sindrom Down.  Dapatan menunjukkan tahap pendidikan dan sosio ekonomi keluarga memberi pengaruh yang besar terhadap kanak-kanak Sindrom Down. Kedudukan sosio ekonomi yang rendah tidak menghalang ibu bapa menghantar kanak-kanak Sindrom Down ke sekolah –  Terbitan IPDA 2008

Puan Harlina Binti Ishak   

  1. Jurnal Pembangunan Intelek 2016

Tajuk: i-Think Dapat Meningkatkan Kreativiti dan Pemikiran Kritis Pelajar PPISMP Pendidikan Pemulihan dalam Menguasai Tajuk Terapi

Abstrak:

Kajian ini menggalakkan pelajar PPISMP Pendidikan Pemulihan menggunakan peta pemikiran i-Think dalam mencatat nota kuliah PKP1044 Terapi dalam Pendidikan Pemulihan. Teknik ini menggalakkan pelajar berfikir, bertukar pandangan dan berkongsi dapatan secara berkumpulan dalam menghasilkan nota kuliah yang sesuai yang bermatlamat memudahkan mereka merujuk sewaktu menghadapi peperiksaan.

  1. Penulisan Amalan Terbaik Tahun 2016

Tajuk: 5S: Amalan ‘Seiton’ dalam Mewujudkan Persekitaran Ceria

Abstrak:

Menumpukan pada amalan yang kecil dalam 5S iaitu  ‘Susun’ iaitu menyusun dan menyimpan barang dengan kemas terutama fail-fail di mana ianya memudahkan fail diambil dan disimpan semula ditempatnya. Menyusun dan melabel kesemua fail dengan imej atau grafik digunakan bagi mencantikkan suasana fail apabila disimpan dirak. Susunan fail boleh dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Tujuan utama fail disusun sedemikian agar menjimatkan penggunaan ruang, penyimpanan barangan lebih kemas dan teratur serta memudahkan proses mengesan dan mendapatkan barangan tidak sampai 30 saat.

  1. Proceedings International Conference on Special Education in Southeast Asia Region 6th Series 2016 (ICSAR 2016)

Tajuk: Penggunaan Bacaan Berulang Dapat Mempertingkatkan Kelancaran

Membaca dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran dengan Menggunakan Aplikasi Powtoon

Penulis: Pn Harlina binti Ishak, Dr Azizah Zain, En Zainal Abidin Nasir

Abstrak:

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan bacaan berulang dalam mempertingkatkan kelancaran membaca dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran dengan menggunakan Powtoon. Seramai 40 orang murid bermasalah pembelajaran dari empat buah sekolah Program Inklusif Daerah Kubang Pasu, Kedah telah dipilih untuk dijadikan sampel dalam kajian eksperimen. Murid-murid dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan rawatan. Ujian kelancaran dijalankan dengan menggunakan Tahap Penilaian Kelancaran dalam pra ujian dan pos ujian.

  1. Prosiding Penyelidikan Tindakan Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Tahun 2016

Tajuk : “PaCiTo”Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Operasi Tolak dalam

Lingkungan 10

Penulis: Nurul Aisyah Meor Isa, Pn Harlina binti Ishak

Abstrak:

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan pengguasaan murid dalam kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan menggunakan alat intervensi PiCaTo. Kajian ini melibatkan dua orang murid pemulihan yang menghadapi masalah kemahiran operasi tolak. Data dikutip melalui kaedah pemerhatian, ujian dan analisis dokumen.

  1. Prosiding Penyelidikan Tindakan Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Tahun 2016

Tajuk: RuMa PuSa Meningkatkan Kemahiran Operasi Tambah dalam

Lingkungan 18

Penulis: Wan Nura Adila Wan Ahmad Fadzil, Pn Harlina binti Ishak

Abstrak:

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan18 dalam kalangan murid pemulihan. Peserta kajian yang terlibat adalah dua orang murid pemulihan. Terdapat tiga langkah intervensi yang dijalankan dengan menggunakan alat intervensi RuMa PuSa yang diilhamkan daripada dekak-dekak.

  1. Jurnal IPDA Tahun 2015

Tajuk:    Prezi: Inovasi Persembahan Kuliah dalam Meningkatkan Kreativiti Melalui Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penulis: Pn. Harlina binti Ishak dan Dr. Norliza Kushairi

Abstrak

Artikel ini melaporkan usaha yang cuba dilakukan dalam mengubah amalan persembahan kuliah daripada amalan konvensional kepada sesuatu yang mencabar. Persembahan kuliah yang sering digunakan seperti powerpoint telah diubah kepada Prezi dengan menemukan elemen 4C pedagogi abad ke-21 (Critical Thinking, Creativity, Collaborative dan Comminicative) yang diamalkan dan sejauh mana ianya telah membantu mengembalikan engagement pelajar terhadap perbincangan semasa kuliah

 

  1. Prosiding Konferensi Antarabangsa Islam Borneo VIII (KAIB VIII) Tahun 2015 di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darulssalam

Tajuk :Kepimpinan Pengetua dan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah

Agama Daerah Kota Setar, Kedah Darulaman

Penulis: Pn. Harlina binti Ishak, Hj Nordin bin Wan Daud, Drs. Abdul Shukur
bin Ahmad Saghir, Pn Hjh Bainah binti Mustafa, Hj Mohamad Roslan  bin Ghazali

Abstrak:

Kajian ini bertujuan untuk melihat perkaitan antara kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru-guru Sekolah Menengah Agama di lapan buah sekolah menengah. Kajian ini untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan tahap motivasi guru berdasarkan ciri-ciri demografi (jantina, kategori perkhidmatan dan pengalaman mengajar).

  1. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Darulaman (SEDAR 2015)

Tajuk: Inovasi Persembahan Pengajaran Abad Ke-21: Powerpoint ke Prezi

Penulis: Pn Harlina binti Ishak

Abstrak:

Kajian dilakukan dalam usaha mengubah amalan persembahan kuliah daripada amalan konvensional kepada sesuatu yang mencabar dengan menukar persembahan dari Powerpoint ke Prezi dengan menekan kreativiti dan Kolobaratif.

  1. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan di IPG Kampus Zon Utara Tahun 2015

Tajuk : Inovasi Persembahan Kuliah dalam Meningkatkan Pelajar melalui

Aktiviti Pembelajaran

Penulis: Pn Harlina binti Ishak

  1. Conference Proceeding International Conference on Education, Technology and Sciences Tahun 2014 (ICETS 2014) di University of Jambi, Indonesia

Tajuk: Using Schemata in Teaching Malay Language Remidial Reading Class

Penulis: Pn Harlina binti Ishak, Pn Hjh Bainah binti Mustafa, Tn Hj Abd.Rahim  bin Marzuki, Tn Hj Azmi bin Abu Bakar.

Abstrak:

This study aims to examine the effectiveness of schemata in the teaching and lerning of Bahasa Melayu (BM) for improving the reading performance of slow readers and assisting them through the process of learning to be on par with normal students. The systematic choice of words in teaching BM reading skills is closely related to schemata theory. The methodology in this study involves constructing survey instruments, proccessing, evaluation items and analyzing the reliability and validity of the survey items. The sample consisted of 32 primary school students enrolled in a BM remidial class.

  1. Penerbitan Modul Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PPG)

Mod Kursus Dalam Cuti (IPGM)

PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas Tahun 2014

Penulis: Pn Harlina binti Ishak

  1. Penerbitan Modul NKRA – LINUS 2.0 Latihan Kursus Guru Pemulihan Khas Tahun 2013 (KPM)

Penulis: Pn Harlina binti Ishak dan rakan pensyarah IPGM yang terlibat

  1. Penerbitan Modul Kursus Penaakulan Praktik Dalam Pedagogi Pendidikan Khas untuk Pensyarah-Pensyarah IPGM Tahun 2013

Penulis: Pn Harlina binti Ishak, En Azman Nordin, Dr Hjh Yasmin bt Hussain,

Hjh Rukiah bt Ahmad Tabon

  1. Penerbitan Modul Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)

Mod Kursus Dalam Cuti (IPGM)

PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas Tahun 2011

Penulis: Pn Harlina binti Ishak

  1. Jurnal IPDA Tahun 2008

Tajuk: Pengaruh Ibu Bapa dan Hubungannya dengan Minat Membaca Kanak- kanak Prasekolah

Penulis: Pn Harlina binti Ishak

Abstrak:

Kajian bertujuan melihat pengaruh ibu bapa terhadap minat membaca kanak-kanak prasekolah, mibat membaca ibu bapa, hubungan sosial antara ibu bapa dan persekitaran keluarga dan taraf sosio ekonomi ibu bapa. Responden kajian melibatkan 220 orang waris kanak-kanak prasekolah daripada lima buah sekolah di daerah Kubang Pasu, Kedah.

  1. Program Latihan Khas Siswazah Pendidikan (Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran – Sekolah Rendah dan Menengah.

Tajuk: Templat Pengukuhan Kendiri: Rumusan Pengetahuan Kandungan (BPG-KPM Tahun 2006)

Penulis: Pn Harlina binti Ishak dan rakan pensyarah IPG yang terlibat

  1. Program Latihan Khas Siswazah Pendidikan (Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran – Sekolah Rendah dan Menengah.

Tajuk: Templat Pengukuhan Kendiri: Rancangan Persediaan Mengajar (BPG-KPM Tahun 2006)

Penulis: Pn Harlina binti Ishak dan rakan pensyarah IPG yang terlibat

  1. Program Latihan Khas Siswazah Pendidikan (Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran – Sekolah Rendah dan Menengah.

Tajuk: Pendidikan Khas masalah Pembelajaran Sukatan Pelajaran (BPG-KPM Tahun 2006)

Penulis: Pn Harlina binti Ishak dan rakan pensyarah IPG yang terlibat

  1. Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu Sekolah Kurang Murid (SKM)

Tajuk: Modul Pendidikan Pemulihan Khas (BPG-KPM Tahun 2006)

Penulis: Pn Harlina binti Ishak dan rakan pensyarah IPG yang terlibat

 

Cik Zubaidah binti Mohd Nor
Prosiding  1  :            Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri ke -6  2016, Penerbit Fakulti Pendidikan  UKM, 2016

Tajuk:                     Penerapan Kemahiran Berfikir Dalam Proses Pengajaran dan                                                     Pembelajaran Ke Atas Murid Autisme – Satu Kajian Kes

Penulis :  Suraya Bai,  Zubaidah Mat Nor dan Ainee Hj Ahmad

Abstrak :

Kajian ini bertujuan untuk melihat kemahiran guru dalam penerapan kemahiran berfikir (KB)  sewaktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan murid Autisme. Kajian ini melibatkan enam orang guru di tiga buah sekolah Integrasi Pendidikan Khas bantuan penuh kerajaan di Daerah Kubang Pasu, Jitra.Kajian ini merupakan satu kajian kes yang menggunakan kaedah soal selidik, temu bual dan pemerhatian untuk mendapatkan data dan maklumat. Dapatan kajian menunjukkan guru pendidikan khas menggunakan BBM yang bersesuaian sewaktu proses pengajaran untuk penerapan kemahiran ini ke atas murid autisme.  Dapatan juga menunjukkan guru mengaplikasikan kaedah pengajaran yang pelbagai bagi menarik perhatian murid autisme terhadap pengjaran dan pembelajaran Berdasarkan hasil pembelajaran enam orang murid autisme yang dinilai, dapatan kajian menunjukkan murid autisme mampu menerima kemahiran berfikir yang diterapkan walaupun tidak menguasai sepenuhnya.

Prosiding  2 :             ­­­­­Prosiding Penyelidikan Tindakan Pelajar Program Ijazah  Sarjana Muda Perguruan, IPG Kampus Darulaman Tahun 2016, Penerbit IPG kampus Darulaman,06000 Jitra.

Tajuk :           Kit Kasut meningkatkan Kemahiran Mengikat Kasut Bertali

Penulis :   Asma Azyyati Abusenie dan Zubaidah Mat Nor

 Abstrak :

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengikat  kasut bertali dengan menggunakan  alat intervensi Kit Kasut dalam kalangan Murid Masalah Pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan keatas dua orang murid yang mengalami kesukaran mengikat tali kasut bertali. Pengumpulan data awal dibuat  melalui kaedah pemerhatian dan temu bual. Instrumen bagi  kajin ini ialah borang senarai pemerhatian, soalan temu bual dan ujian amali. Berdasarkan analisis murid   memperoleh 100%, analisis temu bual menunjukkan murid dapat masukkan tali kasut pada tahap baik, manakala analisis ujian amali murid mendapat mencapai skor 100 % . Kajian ini menunjukkan  bahawa Kit Kasut dapat meningkatkan kemahiaran mengikat kasut dalam kalangan murid masalah pembelajan. Oleh itu cadangan Kajian seterusnya  ialah kit kasut ini boleh diaplikasi untuk subjek kemahiran hidup, pengurusan diri, murid  yang mengalami masalam lewat pembelajaran samada murid pra sekolah atau murid luar bandar.